Sunday, January 29, 2017

INFO KESIHATAN QASEH GOLD


ZA'FARAN

.




Salah satu herba yang dimasukkan dalam Qaseh Gold ialah Za’faran.Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm.

• Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu.

• Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah

.• Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia.• Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.• Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron

.• Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja.

🔺Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan.

• Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.

• Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli..🔹Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan:'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"

.KHASIAT ZA'FARAN(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)--------✔️Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil

✔️Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema

✔️Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang

✔️Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)

✔️Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh

✔️Bengkak hati atau hipatitis A dan B✔️ Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut

✔️ Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut

✔️Menambahkan tenaga zahir dan batin

✔️Masalah mati pucuk, sembelit

✔️Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak

✔️Awet muda dengan kulit cerah dan bersih

✔️Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing

✔️Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi

✔️Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu

✔️Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan

✔️Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, Insya-ALLAH

• Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dikenali sebagai " King Of Spices ". 

Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.


🔹Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.".Oleh itu amalkanlah zaafaran setiap hari. InsyaAllah dengan istiqamah dapat kita mengurangkan risiko penyakit.


Garam Masakan Himalaya

GARAM MASAKAN KRISTAL HIMALAYA
TEKS : NORAINI BINTI RAHMAN
SUMBER : WAN NORSYAFIQAH WAN GHAZALI



GARAM adalah sejenis ramuan yang sering digunakan pada makanan mentah mahupun yang telah 

dimasak. Pengambilan garam berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, namun ramai yang tidak tahu garam menjadi salah satu makanan sunnah Rasulullah s.a.w. dan penawar bagi sebahagian penyakit.

“Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.” - Luqman Al-Hakim.

Nabi s.a.w turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Tujuannya adalah bagi menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.

Beberapa hadis yang menangkan tentang garam, daripada Abdullah bin Umar “Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”

Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam.”

Menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.

Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”

Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.

Sekiranya anda mencubit garam itu dari bekasnya, garam itu khas untuk anda sahaja . Garam tersebut tidak boleh dicampur dengan orang lain kerana ia berkaitan dengan sistem penghadaman dan energi anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.

Namun demikian, janganlah pula kita tersilap dalam memilih garam untuk dijadikan amalan sunnah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan, garam gurun (garam asli ) yang dijadikan amalan oleh Nabi tidaklah sama kandungannya dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak.

Garam biasa mempunyai kandungan sodium yang tinggi dan campuran asid dan kotoran lain yang boleh memudaratkan kepada penggunanya apatah lagi kepada mereka yang telah berpenyakit.

Garam gurun sebenarnya mengandungi potassium, magnesium dan lisina yang tinggi manakala kandungan sodiumnya pula rendah. Perbezaan ini boleh dilihat dengan mendedahkan garam biasa dan garam gurun kepada udara. Garam gurun akan bertukar menjadi cecair dalam masa kira-kira 12 jam manakala garam biasa terus tiada perubahan daripada bentuk asalnya.

Amalan mengambil secubit garam gurun (garam asli) sebelum dan selepas makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan dipam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang.

Spekulasi yang mengatakan bahawa garam menjadi punca darah tinggi adalah salah. Punca darah tinggi terjadi disebabkan cara penggunaan garam yang salah ketika memasak. Kebanyakan orang akan memasukkan garam ke dalam masakan seperti gulai dan sebagainya ketika memasak, sedangkan cara yang betul adalah dengan membiarkan gulai tersebut selama 10 minit selepas di angkat dari api, kemudian barulah garam dimasukkan ke dalam gulai tersebut.

Ini kerana pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila garam dipanaskan maka sifat ‘ion negatif’ akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah ‘klorida (CL) berion negatif’, yang tinggal hanyalah natrium ion positif yang bersifat asid. Yang diperlukan dalam garam adalah klorida dan ion negatif, kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.

Jika klorida di dalam garam berkurangan, ini bermakna oksigen di dalam garam akan berkurangan. Apabila oksigen di dalam garam berkurangan ini akan menyebabkan darah tidak boleh bergerak sendiri. Seterusnya jantung terpaksa pam darah dengan kuat. Pengurangan oksigen akan menambah karbon dioksida di dalam darah. Inilah yang di panggil darah tinggi.

Selain itu, jin takut kepada garam disebabkan garam mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Oksigen adalah tertakluk di dalam sifat nur. Jadi, inilah penyebab kepada jin atau syaitan takut dengan garam.

Disebabkan itu juga, garam digunakan untuk menghalau jin, syaitan dan sewaktu dengannya.
Berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan tadi, menjelaskan bahawa garam suatu unsur yang dianugerahkan oleh Allah demi kebaikan untuk kegunaan manusia, malah mempunyai banyak khasiat terhadap kesihatan. Tanpa garam sudah tentu setiap masakan atau lauk pastinya tidak sedap dan terasa tawar. Sebab itulah garam dikatakan ‘penghulu segala lauk’.

Dekorasi Kek


  
KELAS MENDEKO KEK
***********************
TEKS : NORAINI BT RAHMAN
****************************
Alhamdulillah, masih diberi ruang dan nafas oleh Allah SWT pada hari ini untuk berkongsi rasa kepada anda. Ani memang suka la buat dan makan kek. Alamak! Berat badanku sudah naik ler.. Takut nak timbang. Gara-gara kecintaanku terhadap kek, maka Ani pun memberanikan diri untuk menjual kek yang tak seberapanya ini..Huhu..first customer Ani ialah anak murid Ani sendiri tau! Masa tu Ani mengajar kat Batu anam, Segamat, Johor. Lepas tu diorg komen sedap lah cikgu! Nak beli lagi! Hihi kembang kempis hidung Ani dengo! Opps terkeluar longat Joho. Maklumlah, kat rumah memang dah terbiasa cakap longat Johor dengan mak ayah. Mak ayah Ani orang Muar, Johor. Jadi, tak hairannlah memang cakap Joho yang ada oooo kat belakang perkataan tu..Hihi..

Oh yer, sebenarnya dah terkeluar tajuk sikit tue. Takper, kita teruskan. Macam biasa la, minat buat kek tu datang daripada sekadar menolong mak kat dapur jer. Lepas tu mak ajar buat sendiri. " Ngah, mak cakap, Angah buat sendiri tau..Gitulah lebih kurang mak Ani dulu masa nak ajar Ani buat kek. Eh!!Jadik kek den!Gembira..Malah lebih bersemangat bila orang yang makan kata sedap! Sejak tu Ani memang suka buat kek! Malah, Ani cipta resepi sendiri, nak bagi kek tu lebih lembut sikit. Orang dulu mana la ada google nak taip resepi! Semuanya berdasarkan pengalaman dan agak-agak. yang penting sodap..

Eh tercerita pulak asal usul naper suke buat kek erk! Ampun..Ok lah, tu baru pengenalan sebenarnya. Ani nak beritahu kat sini yang Ani terus melebarkan sayap untuk memajukan diri sendiri dengan mengikuti kelas mendeko kek. Kebetulan beli barang nak buat kek kat kedai bakeri, dia offer lah nak join ke tak kelas deko? Ape lagi, tak lepaskan peluang la kan..Dah awak tangan tu keras, tak berseni langsung, maka kena la belajar kan? Ani pon setuju la.. Maka terhasil lah kek comel sebegini rupa. Cikgu pun tak garang sangat. Orang Sabah rupanya Kak Lizah ni..Ni Kelas semasa Ani belajar buat bunga ros di Gemas.
Nervous Ani nak buat deko-deko ni
2 orang je pelajar kelasnya
Ros pink
Wajah ada senyum....

 
                                                  
Amboi, cikgu perati jer tue..Takut Ai..



Peace...



Tugas Hakiki

Guru oo guru
************
Teks : Noraini Rahman
********************
Assalamualaikum sahabat.. Tengah buat ape tue? Best tak cuti sekolah ni? Bawa anak-anak makan angin kat mana tu?Ani masih lagi menanda kertas Ujian Dignostik Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Masalahnya, kalau menanda je mata mesti nak tertutup tanpa sengaja. Aduhai..Bile nk siap gini? Nampak gaya kejap lagi terpaksa la bancuh air Min kaffe uolls... Biar mata terbeliak sikit.. Eh! Ani jual jugak ni..hihi..dulu fokus...Sekarang macam2 den jual..hihi..Tapi keutamaan Ani tentunya Qaseh uolls...Entahlah..Serasi dengan jiwa Ani kot...huhuhu..

Kadang-kadang nak bagitahu je kat individu yang suka berkata "kerja cikgu senang je!", "cikgu balik awal", "cikgu banyak cuti." Eh awak! Cuba jadi cikgu dalam masa seminggu je..tengok senang ke tak.. Walaupun cuti sekolah, orang nampak cikgu duk post gambar jejalan kat mana-mana dengan anak-anak, muka "happy giler", tak bermakna dia cuti dengan kerja dia. Ani ni bukanlah nak memandai ke ape kan..tapi dah kita yang hadapinya, mestilah Ani tau.

.Balik awal sebab stress duk lelama kat sekolah, banyak kerja pengkeranian yang perlu dilakukan, banyak e yang perlu diselesaikan sampai kadang-kadang luper password!!! Adeh..tetapi tu semua cabaran sebagai seorang guru.. Malah, sistem pendidikan selalu berlaku perubahan. Sebagai contoh, tingkatan 1 dah tukar silibus, buku teks baharu sudah dikeluarkan dan guru perlu mengajar menggunakan kaedah PDPC atau abad ke21. Adeh.. Bukan nak merungut, tapi banyak benda yang bermain di fikiran sampai tak leh tidur malam lah kalau tak siap kerja!

Em banyak nak kongsi, banyak nak cerita tapi mata macam nak terkatup dah ni.. Okk, Ani nak sambung tanda kertas ujian ni.. Ada sesiapa nak tolong tanda? Ayooo..poning dah ni...

Ok sampai di sini dahulu...

Hashtag Cikgu Ani Gojes


Kek

Kek oo Kek
***********
Assalam semua.. sihat ke hari ni? Ani nak kongsi kepada anda di luar sana resepi kek yang mudah dan sedap untuk dimakan seisi keluarga. Oh ya, kek ini Ani peroleh daripada blog Kak Azlita Masam Manis tau. Idola Ani tu. Mudah sahaja. Boleh lah cuba. Ani olah sedikit resepinya untuk kurangkan manis dan tambah perisa pandan..Jom cuba!

 Kek Span Pandan
Sumber : Azlita Masam Manis

4 biji telur gred A
180g gula halus ( Ani kurangkan sedikit..)
170g tepung kek
70g air
5g baking powder ( 1 sudu teh )
15g ovellete
50g minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara Membuatnya

Satukan tepung kek dan baking powder kemudian ayak. Kalau rajin nak ayak tiga. Kalau malas, ayak sekali jela. Hihi.. Ani ayak sekali je
Tepung kek ni juga sama dengan tepung 'superfine" atau tepung halus.

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Putar dengan kelajuan perlahan dahulu.

Apabila dah nampak tepung tu bersatu, tukar kepada kelajuan laju dan putar hingga ringan dan gebu.

Kemudian masukkan minyak jagung tadi dan kacau menggunakan spatula sahaja.

Masukkan dalam loyang 8x8. Alaskan dengan kertas kek. Ani malas! Letak butter je kat loyang tu. Hontam yo labu..

Bakar kek pada suhu 150-160 darjah celcius.. selama 35-45 minit atau hingga kek masak.  Ikut pada oven awak tau! Ni oven Ani. Hihi

Macammna nak tau dah masak ke belum? Oooo senang ajer..Cucukkan lidi sate pada kek tu, kalau bersih, dh masak lah...

Opps..jangan luper angkat kek dan terbalikkan kek atas redai kek..tak nak kek span kita jatuh uolls.... Jangan ko pegi gatal tangan kuarkan kek tu lagi. Panas lagi! Kang menangis tepi bucu katil sebab kek ko berderai..Okk..Agak2 dah suam kuku baru lah ko keluarkan kek tue tau.

Dah sejuk, ko ngap la anak beranak..Apa tunggu lagi.. Tak pun deko la untuk kepuasan diri sendiri atau nak buat untuk kek hari jadi ank ke, laki ke, mak ke, ayah ke...

Ok Cuba! Jangan tak cuba.. Sedap uolls...

Ok nanti ko bg la maklum balas kat Ani yo..Nak tengok kemenjadian kek ko tu.. Kalo bantat ko buat sampai jadik!

Astalavista babe!!!Adios..

Hashtag Cikgu Ani Gojes





RANIA

RAKAN NIAGA diperlukan!!!
*****************************

Salam ukhwah semua. Rasa tertekan disebabkan kekangan kewangan semakin menghimpit diri kita pada masa kini? Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Begitulah perumpamaan yang dapat menggambarkan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, pastinya kita tidak akan beroleh kejayaan. Lantaran itu, saya nekad melangkah ke dunia perniagaan yang penuh onak dan duri demi mencari pendapatan sampingan. Namun, usaha saya ini memerlukan rakan niaga agar kerja dilakukan secara berjemaah dan saling membantu dalam dunia perniagaan.

Anda di luar sana masih tercari-cari lagi ke? Jangan gusar, saya akan membantu anda. Semestinya perniagaan ini memerlukan kesabaran kerana tanpa usaha keras, kita hanya bermimpi di siang hari. Malah, anda perlu mempunyai "BIG WHY" untuk terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Nak tau lebih lanjut?

"Whatsapp" je saya... Nak cuba dulu pun tiada masalah. Anda perlu tahu kehebatan produk Qaseh dan amalan yang konsisten pasti dapat menyebarkan manfaat kepada orang lain. Saya semestinya bersama si QASEH GOLD ADINDA.. MAHAL??? Ishhh..tak lah...mampu milik jer... RM78.00 untuk penggunaan selama sebulan. Memang berbaloi..Kesihatan kena jaga, barulah kita dapat jaga keluarga..Tak gitewww?

Cikgu Ani
017-3277656



KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

PROSA TRADISIONAL = KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Prosa Tradisional

(Kepimpinan Melalui Teladan)

SINOPSIS

            Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.   

            Patih Gajah  membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri  menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

            Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

            Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari

            Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.  



TEMA



Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.



Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.



PERSOALAN


Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.


WATAK DAN PERWATAKAN


Laksamana
Seorang yang berani
Seorang yang pemurah
Seorang yang bijaksana
Cinta akan keamanan negara
Taat setia kepada pemerintah
Pandai dalam ilmu kesaktian
Memiliki sifat kepahlawanan


Kertala Sari
Anak kepada Petala Bumi
Berasal dari Majapahit
Seorang pencuri yang handal
Seorang yang tamak dan angkuh
Seorang pendendam
Pandai dalam ilmu kesaktian
Suka membuat huru hara
Taat kepada pemerintah


Sultan Melaka
Seorang yang prihatin
Seorang pemimpin yang adil
Seorang yang mengenang budi


Patih Gajah Mada
Berasal dari Majapahit
Seorang pendendam




LATAR


Latar Masyarakat

Masyarakat feudal
      Contoh:  Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .

Masyarakat yang bertanggungjawab
      Contoh :    Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan

masalah kecurian di negeri Melaka.

3.   Masyarakat yang mengenang budi

              Contoh :    Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh

Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.

4.Masyarakat yang taat pada pemerintah

              Contoh :  Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.



Latar Tempat

Negeri Melaka     
Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka

Majapahit 
      Contoh: Patih  Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh  bersaudara di Bukit Cina.

Di tengah pasar
      Contoh :  Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.



Latar Masa

Malam
      Contoh:     Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam.

Siang
Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya.  



GAYA BAHASA


Bahasa istana
       Contoh:    sultan, patik, tuanku,



Bahasa pinjaman bahasa Jawa
       Contoh:      manira,kula,pakanira



Kata ganda
       Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak



NILAI


Nilai keberanian
       Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.



Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.



Nilai kebijaksanaan
       Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.



Nilai pemurah
       Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan 

       orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil

       sedikitpun harta itu.



PENGAJARAN


Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.


Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.


Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.


Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan



Kaduk, Ayam dan Raja

Nota Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja

Kaduk, Ayam dan Raja 
(Zurinah Hassan)

            Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.  Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan  hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.

            Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam.  Sahabat karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.  Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.



Tema

Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.





Persoalan

Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.
Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.


Plot



Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam dengan raja.  Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang sebenarnya miliknya sendiri.



Perkembangan

Hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti  bijaksana yang berbeza nama-nama orang lain yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.
Hakim seorang yang pandai dan melanjutkan pelajaran  ke universiti.  Hakim semakin sedar akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya.  Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan kemelut keluarganya itu.  Usaha Hakim berjaya.
Hakim berhasrat mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu walaupun memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit.  Untuk melialisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul ialah  pihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk dicagarkan. Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim diluluskan.
Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam dan projek pun bermula.
Orang kampung merungut bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang membawa ayam melalui jalan.  Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.


Klimaks

Setelah setahun, Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat pulangan yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayam kepadanya.  Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal.



Peleraian

Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya  yang terpaksa akur pada golongan yang berkuasa.



Teknik Plot



Pemerian

Pengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina reban ayam tertutup. Sebagai contoh dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.



Dialog

“Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam



Imbas muka

Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial.”



Imbas kembali

“Kau ingat kan , tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.”



Kejutan

Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku.Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan.Dari tiga belas ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.



Watak dan Perwatakan



Hakim

Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk.
Seorang yang berani memperjuangkan hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
Seorang yang tabah menghadapi masalah. Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.
Seorang yang rajin menuntut ilmu.  Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.


Azam.

Sahabat baik Hakim semasa di universiti.
Seorang yang suka membantu orang lain.  Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.
Seorang yang rajin menuntut ilmu.  Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya.
Seorang yang prihatin. Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.




Kaduk.

Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan.
Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.
Seorang yang mentaati raja. Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila diminta oleh raja.




Raja

Seorang yang suka bersabung ayam.  Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.
Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.  Sebagai contoh raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu.




Latar

Latar masa

Zaman lampau. Sebagai contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.
Zaman selepas merdeka. Sebagai contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.
Dalam masa setahun.  Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan perternakan ayamnya.


      Latar tempat.

Mahkamah. Sebagai contoh kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.
Tanah Kaduk. Sebagai contoh Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.
Kampung. Sebagai contoh penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka.
Universiti. Sebagai contoh Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di universiti  yang sama.
Latar masyarakat

Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan.
Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.
Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.
Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk.


Gaya Bahasa

Sinkope
Sebagai contoh: kau, ku

Pengulangan kata
Sebagai contohnya: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.

Kata ganda
Sebagai contonya: bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah –tanah.

Bahasa Arab
Sebagai contoh: Assalamualaikum, Alhamdulillah

Bahasa Inggeris
Sebagai contoh Global Chiken





Simile
Sebagai contoh : Bank akan merampas tanahku tak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.

Personifikasi. Sebagai contoh; Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.


Nilai

Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.
Nilai keberanian. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Nilai kegigihan.Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Nilai keprihatian. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.
Nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar  milik datuk hakim.


Pengajaran

Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain.  Sebagai contoh Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.
Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.
Kita hendaklah menolong  golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim.
 Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah.  Sebagai contoh Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.