Novel Meniti Impian - Komsas Tingkatan 2
Tema Novel Meniti Impian
Kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan. - Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dalam bidang pertukangan kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu bengkel Pak Yusuf dalam menyiapkan tempahan setiapa kali pulang bercuti di kampung.
BIODATA PENULIS
Osman
bin Ayob
LAHIR : 18 April 1951, di
Kampung Alur Gelenggang, Sungai Daun, Yan, Kedah.
ALAMAT : 6, Lorong 8, Taman Mewah Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Dikenali sebagai OSMAN AYOB mula mencipta namasebagai penulis apabila cerpennya bertajuk “Detik yang Tergugat” memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III pada tahun 1981. Walaupun beliau sering memenangi hadiah tetapi kemenangannya pada tahun tersebut begitu memberi erti terhadap kariernya.
Pendidikan awal Osman dari Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dan pelajaran menengahnya pula diperoleh di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah dari tahun 1964 hingga 1967. Kemudian Osman meninggalkan kampung kelahirannya dan merantau ke Kuala Lumpur. Di sini, beliau mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan secara persendirian dan beliau lulus pada tahun 1977.
Di Kuala Lumpur, Osman berkhidmat sebagai kerani di Ibu Pejabat Hal-Ehwal Orang Asli Malaysia pada tahun 1976. Selepas itu, pada tahun 1979 beliau bertukar ke Jabatan Ukur Kedah/Perlis dan memegang jawatan sebagai juruteknik. Pada penghujung tahun 1976, Osman berpindah kerja ke Jabatan Telekom Malaysia (kini Telekom Malaysia Berhad) sebagai Pegawai Trafik.
Beliau mula meminati sastera ketika berada di tingkatan lima. Pada waktu itu beliau mula menulis rencana-rencana ringan dan disiarkan dalam Majalah Filem, iaitu pada sekitar tahun 1970-an. Bakatnya diasuh melalui karya yang disumbangkan dalam ruangan “Apa Pendapat Saudara”, terbitan majalah yang sama. Ruangan ini menjadi semacam latihan kepada Osman untuk mengasah bakatnya dalam bidang penulisan.
Setelah Osman berasa yakin bahawa beliau mempunyai bakat menulis dan menguasai bidang rencana, beliau cuba pula menghasil cerpen. Ternyata beliau juga berkebolehan dalam genre ini dan cerpen pertamanya yang berjudul “Membawa Damai” telah tersiar dalam Berita Minggu pada 23 Mac 1975. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan kira-kira 80 buah cerpen yang tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Setelah berjaya dalam penulisan rencana dan cerpen, Osman mencuba nasib menulis novel pula. Warna Sebuah Lembah merupakan novelnya yang terhasil daripada susah senang hidup di bandarraya Kuala Lumpur. Selain itu, Osman turut menghasilkan beberapa buah novel remaja kanak-kanak. Antaranya ialah Wira Malam, Hati yang Terguris dan Meniti Impian.
Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan penulisan kreatif, Osman pernah memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III pada tahun 1981 dengan cerpen yang berjudul “Detik yang Tergugat”. Novelnya Meniti Impian, mendapat tempat kedua dalam Peraduan Sayembara Novel Remaja ASASI - kerajaan Negeri Kedah pada 1991. Osman juga sering mendapat hadiah sagu hati dalam Peraduan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1979 dan 1983, Hadiah Sastera Utusan–Public Bank (1990) dan tempat ketiga dalam Sayembara Novel Yayasan Sabah/GAPENA tahun 1990 dengan novel Meniti Impian. - sumber DBP
ALAMAT : 6, Lorong 8, Taman Mewah Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Dikenali sebagai OSMAN AYOB mula mencipta namasebagai penulis apabila cerpennya bertajuk “Detik yang Tergugat” memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III pada tahun 1981. Walaupun beliau sering memenangi hadiah tetapi kemenangannya pada tahun tersebut begitu memberi erti terhadap kariernya.
Pendidikan awal Osman dari Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dan pelajaran menengahnya pula diperoleh di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah dari tahun 1964 hingga 1967. Kemudian Osman meninggalkan kampung kelahirannya dan merantau ke Kuala Lumpur. Di sini, beliau mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan secara persendirian dan beliau lulus pada tahun 1977.
Di Kuala Lumpur, Osman berkhidmat sebagai kerani di Ibu Pejabat Hal-Ehwal Orang Asli Malaysia pada tahun 1976. Selepas itu, pada tahun 1979 beliau bertukar ke Jabatan Ukur Kedah/Perlis dan memegang jawatan sebagai juruteknik. Pada penghujung tahun 1976, Osman berpindah kerja ke Jabatan Telekom Malaysia (kini Telekom Malaysia Berhad) sebagai Pegawai Trafik.
Beliau mula meminati sastera ketika berada di tingkatan lima. Pada waktu itu beliau mula menulis rencana-rencana ringan dan disiarkan dalam Majalah Filem, iaitu pada sekitar tahun 1970-an. Bakatnya diasuh melalui karya yang disumbangkan dalam ruangan “Apa Pendapat Saudara”, terbitan majalah yang sama. Ruangan ini menjadi semacam latihan kepada Osman untuk mengasah bakatnya dalam bidang penulisan.
Setelah Osman berasa yakin bahawa beliau mempunyai bakat menulis dan menguasai bidang rencana, beliau cuba pula menghasil cerpen. Ternyata beliau juga berkebolehan dalam genre ini dan cerpen pertamanya yang berjudul “Membawa Damai” telah tersiar dalam Berita Minggu pada 23 Mac 1975. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan kira-kira 80 buah cerpen yang tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Setelah berjaya dalam penulisan rencana dan cerpen, Osman mencuba nasib menulis novel pula. Warna Sebuah Lembah merupakan novelnya yang terhasil daripada susah senang hidup di bandarraya Kuala Lumpur. Selain itu, Osman turut menghasilkan beberapa buah novel remaja kanak-kanak. Antaranya ialah Wira Malam, Hati yang Terguris dan Meniti Impian.
Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan penulisan kreatif, Osman pernah memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III pada tahun 1981 dengan cerpen yang berjudul “Detik yang Tergugat”. Novelnya Meniti Impian, mendapat tempat kedua dalam Peraduan Sayembara Novel Remaja ASASI - kerajaan Negeri Kedah pada 1991. Osman juga sering mendapat hadiah sagu hati dalam Peraduan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1979 dan 1983, Hadiah Sastera Utusan–Public Bank (1990) dan tempat ketiga dalam Sayembara Novel Yayasan Sabah/GAPENA tahun 1990 dengan novel Meniti Impian. - sumber DBP
Sinopsis Novel
Meniti Impian
Mengisahkan kegigihan
seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di IKM dalam bidang pembuatan
perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan
hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya
dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang
dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam
hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam.
Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya
kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba
memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang
tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan
dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabutnya sendiri.
Sinopsis
Ikut Bab Novel Meniti Impian
BAB
|
SINOPSIS
|
1
|
Pak Yusuf gelisah menanti sarapan
pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak
saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak
Yusuf. Mak temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan bihun.
Mak temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan
Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari
tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak
Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak Yusuf supaya menyediakan makan
tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama
mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang sedang mereka buat ini di
siapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau
dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih
kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang di
minta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia hanya
belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya dapat
dijual dengan harga yang murah dan berkualiti. Pak Yusuf bertanyakan Zahar
mengenai permohonan ke IKM namun Zahar masih lagi menunggu keputusan yang
dijangka keluar minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi
seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang pendorong
utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.
|
2
|
Mak Kiah tersenyum
melihat kepulangan Zahar terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan
tengah hari di rumah. Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati
menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping surat
yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari fizikal surat tersebut Zahar dapat
mengagak surat tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum
kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabut di IKM Sungai
Petani. Setelah selesai solat magrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di
bangku luar masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan
sedang berusaha mengembangkan perniagaannya. Zahar memberitahu rakannya
bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah
kepada zahar. Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya dengan suhaili yang
merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah. Suhaili kini
melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada tiga dan menunggu keputusan
peperiksaan akhir. Zahar membaca semula surat tawaran memasuki IKM yang
terletak di atas meja. Surat itu dengan pantas mengembalikan ingatanya ke
alam persekolahan yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun
Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh
berbeza dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah menengah
dulu.
|
3
|
Zahar gelisah mencari
jalan untuk berhubung dengan suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan
telefon telah di pasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti
Pak Karim iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka.
Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili
berjanji untuk berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar
terimbas kembali kenangan sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang
pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar
lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh
rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam
dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu
menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili
setelah tahu yang dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
|
4
|
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa
dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk
duduk-duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor
Setar supaya tidak di ketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan
mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di
ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili.
Ketika Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang
melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna
merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan
cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah
kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka bertanya khabar. Sambil
menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar
memberitahu yang dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke
IKM. Suhaili memandang rendah dan mempersoalkan cabaran yang pernah
dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar
menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran yang pernah dibuat
oleh Suhaili tetapi memberikan alasan bahawa ibunya tidak mampu untuk
menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran
Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya
dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat
Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar.
Zahar berasa curiga dan mengikori Suhaili tampa pengetahuannya dan mendapati
Suhaili menaiki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia
lingkungan tiga puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.
|
5
|
Pak Yusuf menegur
sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang
masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan
sebab sebenar dan memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya Zahar
kemana Zahar pergi semalam dan tidak kelihatan. Zahar menyatakan yang dia ke
Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak
Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.
|
6
|
Zahar ditemani Pak
Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi kepunyaan Pak Usin untuk
mendaftar di IKM. Teksi tersebut juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai
hal mustahak di Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai
masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan
ITM dan IKM dikatakan mempunyai peluang kerja yang baik dalam sektor
kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas kejadian Suhaili dan pemuda
kacak di Alor Setar tempoh hari. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke
tempat pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak
Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang lelaki
separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan Zahar
kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak perempuanya yang
bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil
memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan
seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak
Yusuf bergerak ke asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang pelajar yang
sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan. Zahar membaca poster berkenaan
minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 230
petang. Zahar kembali melangkah di ikuti pak Yusuf dengan persoalan yang
bermain di fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.
|
7
|
Bermulanya kehidupan
Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula
program oriantasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua
pelajar baru berkumpul di padang untuk tujuan gotong royong. Zahar bersama
rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM yang akan didirikan
bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
yang di ketuai oleh seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan
untuk mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat
pembakaran. Selepas selesai gotong royong mereka diarahkan ke dewan
makan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar diberi masa untuk
berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada sebelah malamnya.
|
8
|
Minggu suai kenal
sudah berakhir. Semua pelatih baru telah ditempatkan dalam kelas mengikut
bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas
dengan memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan
dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas
latihan Pertukangan Perabut. Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba
lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor
menyimpan pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar
dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di
sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat
pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan
sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk
berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih yang berjaya dan
membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang rendah terhadap lulusan
IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk
kali pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil
ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang untuk keluar ke Sungai
Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.
|
9
|
Zahar pulang ke
kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM.
Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke
kampungnya. Dua tiga orang laju berbasikal menuju ke rumah Pak Karim.
Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak
menggunakan kawah yang besar dan suasana agak riuh rendah. Zahar terfikir
bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal
keluarga Pak Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri
memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah pak karim makan kenduri.
Zahar menyalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak
Yusuf lenggan kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk
kebangsal pertukangan Pak Yusuf melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak
berubah. Terdapat sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia
teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa perabut yang bermutu tinggi bukan
terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti,
halus dan berseni. Zahir terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar
di sapa oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan
zahar bilakah dia sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak
Karim. Zahar mengatakan yang dia baru sahaja tiba dan segan untuk ke majlis
tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah
Pak Yusuf. Lamunan Zahar putus dan dia melihat Mak Temah berjalan menuju ke
arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah
mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak
Karim.
|
10
|
Setiap awal bulan,
suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris
menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah
menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan
perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung
perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar menuju
ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul
surat yang hampir memenuhi rak. Habsah menyatakan ada surat untuk Zahar.
Norimi bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa
surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati
dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi
menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan orang perempuan
sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta semula surat itu
daripada Norimi dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti
apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke
kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya.
Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan membacanya.
Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh suhaili. Isi surat tersebut menyatakan
hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih
haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan yang
dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa
depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut disitu sahaja dan terus
bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke kelasnya. Zahar
meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu
Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa kembali pada
surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya
terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya .Zahar berazam untuk
membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya dalam hidup yang
penuh pancaroba ini.
|
11
|
Norimi dan Zahar
bertengkar mengenai surat yang diterima Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak
puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk di baca oleh Norimi. Setelah
selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang di hadapi Zahar.
Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap
padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan
Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai
surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan
surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli
menjerit memanggil Zahar dari tengah padang dan Maarof berlari-lari anak
menghampiri zahar dan mengajak Zahar dan mengajaknya berlatih bersama kerana
kekurangan pemain.
|
12
|
Bas yang membawa
pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak
meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji
Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut
dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar. Zahar dengan
rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan hanya bergantung kepada
dirinya seorang tetapi kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof
juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemaskan permainan bagi
menghadapi perlawanan akan datang.
|
13
|
Perlawanan timbal
balik pertandingan bola sepak di antara pasukan bola IKM Alor Setar dan
pasukan IKM Sungai Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM
Sungai Petani memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan
mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih
dan tenaga pengajar yang memberikan sokongan di tepi padang. Pasukan bola
sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan
lawan sehingga mereka pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan
persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.
|
14
|
Sebelum bermulanya
peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih
gigih membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan
mengambil peperiksaan asas. Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang. Tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi
sudah berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar
memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir,
Zahar berasa cukup puas hati dengan hasil kerjanya. Bila peperiksaan di
sambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua
minggu selepas peperiksaan, semua pelatih bercuti semester selama tiga
minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan
kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di bengkelnya.
|
15
|
Kesempatan bercuti di
kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan
dapat bekerja dengan baik. Cuma mengusik hatinya apabila terpaksa melintasi
rumah Suhaili untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang
sama usikan itu menguatkan lagi awamnya untuk mengorak langkah hingga ke
mercu kejayaan. Selepas sarapan pagi, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak
Yusuf terkejut dengan kepulangan Zahar dan mereka berbual-bual dengan mesra.
Kemunculan Mak Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut
dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana
Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan
membuat perabot.
|
16
|
Setelah tiga bulan
menunggu denga penuh debaran, keputusan peperiksaan yang di nanti-nantipun
diumumkan. Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga tersenyum
girang kerana hanya seorang sahaja pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulang
semula peperiksaan. Cikgu Baharum memberi nasihat kepada semua pelatihnya
agar tidak lalai dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana
gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan
pelatih-pelatih Pertukangan Perabut tetapi juga semua pelatih yang mengambil
peperiksaan asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.
|
17
|
Enam bulan yang
dilalui terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani
latihan yang lebih intensif kerana akan menduduki dua peperiksaan dalam masa
yang singkat. Zahar tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu daripada ibu
dan dorongan daripada Pak Yusuf membuatkan fikirannya sentiasa tenteram dan
bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan berikutnya. Dalam masa yang sama,
ingatannya pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki
peperiksaan asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki
peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir sijil IKM pula
diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya
menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin. Seminggu sebelum bermulanya
cuti semester ketiga, pelatih-pelatih di maklumkan mengenai latihan di dalam
loji yang diwajibkan kepada mereka. Zahar yang tidak banyak kerenah dan
sanggup di hantar kemana sahaja, menerima dengan senang hati tawaran latihan
di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak. Begitu juga
dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji
pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan telah diadakan secara sederhana
sahaja. Pengetua berucap memberikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih
yang telah tamat kursus mereka. Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak
formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana
mengenagkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir dengan
peperiksaan.
|
18
|
Selama tiga minggu
bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu membantu
ibunya, barulah zahar berpeluang pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti,
Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha
Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan Zahar dengan
mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit
Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi
pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang
berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar
berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-sama.
|
19
|
Suhaili gelisah
apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin
ibarat haba pada waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur baur dan dia berasa
tidak bersemangat untuk meneruskan kerjanya. Suhaili berjalan ke
bahagian Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk
berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit Personel bertanyakan tentang Zahar.
|
20
|
Setelah dua minggu
mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan
suasana kerja di kilang. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan
sekerja begitu mesra walaupun baru dua minggu bertegur sapa. Zahar
bertuah dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah.
Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar
dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran
ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan
berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin
berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka
namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana berselisih
pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun
meninggalkan bilik dengan tergesa-gesa.
|
21
|
Zahar duduk di meja
ruang tamu menghirup kopi setelah pulang dari kerja. Dia teringat
rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang merupakan kawannya di
IKM. Surat tidak sempat untuk di hantar kerana dia tidak ada perasan
untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan
plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan menikmati minum petang
bersama Razali. Ketika minum bersama, razali bertanyakn Zahar yang kelihatan
muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya
Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa menceritakan
perkara yang sebenar kepada Razali.
|
22
|
Setelah berbulan
bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira yang dia telah lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat
satu. Zahar sedar Suhaili cuba berbaik semula dengannya tetapi dia masih
mampu mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili
masih berhasrat untuk menemuinya. Bukan dia tidak mahu menemui Suhaili,
tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia menemui Suhaili untuk berbual kosong
kerana hal tersebut hanya akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama
akan tetap di padamkan dengan apa jua cara. Dia lebih senang berehat selepas
pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli
keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawan-kawannya.
Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan
kata-kata puitis dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab. Pengalaman
telah mengajarnya supaya tidak terlalu emosional. Dia tidak mahu terperangkap
dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-cita yang belum tercapai.
Tempoh enam bulan menemui kesudahannya. Begitu cepat masa berlalu
meninggalkan kenangan manis dan pahit sepanjang menjalani latihan di dalam
loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu majlis ringkas yang di adakan
untuknya. Selepas majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.
|
23
|
Setelah berfikir
masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan
didirikannya mestilah terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar
bersyukur dengan pembangunan kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang
di salurkan oleh kerajaan tidak di manfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat
setempat. Ibunya cukup gembira mendengar perancangannya untuk membina bengkel
perabot di halaman rumah mereka dan Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa
dirinya cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya lulus dalam masa
yang singkat. Sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa
menjalani latihan di dalam loji dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap
dengan mesin utama. Masyarakat kampung bekerjasama mendirikan bengkel
tersebut dan disajikan dengan jamuan makan tengah hari.
|
24
|
Bengkel Perabot
Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar
Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana
nama itulah paling sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada
dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat
di bengkelnya kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan
di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar
memasarkan perabutnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran
luar bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Pihak mara juga cuba membantu
untuk memasarkan barangan pengusaha-pengusaha perabut bumiputera. Ketika
berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf selepas makan tengah hari, posmen
tiba dan menghulurkan dua pucuk surat kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk
surat daripada Suhaili dan Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar
dari mana datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan surat tersebut daripada
Norimi yang mengatakan akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama
ayahnya nanti.
|
Persoalan Dalam Novel Meniti
Impian
|
|
PERSOALAN
|
1. Usaha yang membawa kejayaan
- Zahar sangat tekun berusaha menuntut
ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai
bengkel perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan diri
- Pak Yusuf membuka bengkel perabot
secara kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam
bidang tersebut.
- Zahar sangat meminati bidang
pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya
menjadi pelajar cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan
remaja
- Zahar mempunyai perasaan terhadap
Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka
berbeza.
- Norimi menaruh perasaan kepada Zahar
tetapi amat cemburu.
4. Keharmonian hidup di kampung
- Majlis kenduri kesyukuran yang
berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang
membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut.
- Orang kampung bergotong-royong
membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka
dengan hidangan tengah hari.
5. Persahabatan yang ikhlas
- Razali ikhlas membantu Zahar ketika
Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya.
- Zahar dan rakan-rakan di IKM serta
di kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.
|
No comments:
Post a Comment