Sunday, January 29, 2017

JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL


JAKET  KULIT  KIJANG  DARI  ISTANBUL

( Maskiah Haji Masrom )

SINOPSIS

Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukan untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-rakannya berasa sukar untuk  menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan  harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.

Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas  akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.

Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.

Akhirnya  Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.

TEMA           

Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.

PERSOALAN


Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.

Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.

Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.



Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.



Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.

PLOT

Permulaan

Aku mengikuti rombongan Passage Tours and Travel ke negara Turki. Dengan berbekalkan AS$400 yang bersamaan dengan RM1,800.00, dia telah menyenaraikan barang-baang yang ingin dibeli. Antaranya, cenderamata untuk keluarga, untuk saudara-mara, kawan pejabat dan kenalan rapat, untuk pensyarah-pensyarahnya yang banyak membimbingnya semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan untuk dirinya sendiri, memadai membeli beberapa buah buku terbitan Turki.

Perkembangan

Aku mengisahkan bagaimana dia terbeli jaket kulit kijang dari Istanbul pada hari kelima lawatannya ke Turki. Dia tidak berniat langsung untuk membeli jaket tersebut. Ahli rombongan dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapannya di Hotel Senator. Sebelum sampai di Istanbul, Aku telah melawat beberapa kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap persinggahan itu, Aku telah mendapatkan cenderamata yang popular dan unik.



Klimaks
Aku disapa oleh seorang lelaki berbaju T merah, berjaket kulit hitam dan berwajah tampan dari sebuah kedai jaket kulit. Aku tertarik akan keramahannya. Aku juga terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin dan berhasrat untuk membelinya tetapi tidak berani kerana tidak mengetahui harganya dan takut akan ditipu oleh penjualnya. Walaubagaimanapun Aku akhirnya masuk ke kedai jaket kulit itu dan mencuba sehelai jaket kulit berwarna hitam, namun dia tidak berniat untuk jaket tersebut kerana harga yang ditawarkan diluar kemampuannya. Akhirnya berlaku perbalahan antara Aku dan pekedai Turki itu. Aku berasa tersentak dengan sikap pekedai Turki yang menghinanya dan aku juga berasa terkilan  kerana tertipu dengan layanan mersa yang telah diberikan oleh pekedai Turki itu.


Peleraian

Sewaktu beratur untuk menaiki feri ke Selat Bhosporus, seorang lelaki tua telah meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di atas lengannya. Shahmeem menunjukkan minat untuk membeli jaket tersebut dan telah membayar sebanyak AS$120, namun apabila dicubanya, jaket itu bersaiz kecil lalu menjualkannya kepada Aku dengan mengurangkan AS$20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi. Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Aku memandang jaket kulit kijang itu, lalu membayangkan kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjual jaket kepada Shahmeem, kegembiraan Shahmeem yang berjaya menjualkannya kepada Aku serta kegembiraan Aku kerana dapat menghangatkan badannya sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin. Akhirnya kegembiraannya itu ingin dikongsi dengan orang lain iaitu dengan berhasrat menjual jaket tersebut di kedai pakaian terpakai dan wang yang diperoleh didermakan kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.

TEKNIK PLOT

Imbas Muka
Contoh: Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di situ..


Imbas Kembali
Contoh: Entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi balik kerja.

Saspens
Contoh: Perbalahan antara aku dan pekedai Turki membuatkan aku ingin melangkah keluar tetapi dihalang oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang kelihatan marah.

Monolog
Contoh:  Aku terpaku seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada saat itu selain yang dapat menggembirakan Shahmeem?

Dialog
Contoh:  “Dah beli, ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah.

              “Ok juga. Dah survey tiga, empat kedai. Kedai ni ok. Dapat harga

             AS$150 sat jaket,” terang Haji Helmi sambil menunjukkan beg

             plastiknya.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Aku  ( Mas ) –

Seseorang yang :-

Gemar membaca.
Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku.

Baik dan murah hati.
Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.

Berbudi bahasa.
Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.

Tidak boros berbelanja.
Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang itu.

Sayang akan haiwan.
Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.

Bersederhana apabila berbelanja.
Aku telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi perbelanjaan yang telah diperuntukan.

Watak Sampingan

Pekedai  Turki–

Pemuda berkulit putih
Mempunyai kumis. (misai)
Fasih berbahasa inggeris.- Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke kedainya.
Peramah dan mesra
Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di kedainya.

Tidak berputus asa
Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.

Pandai mengambil hati
Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.

Cepat marah
Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli barangannya walaupuan telah mencubanya.

Polis Turki –

Lelaki dewasa
Bertubuh tegap
Berbaju T dan berseluar panjang
Berwajah serius –
Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap.

Shahmeem –

Kawan kepada Aku
Mudah terpengaruh
Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.

Murah hati
Shahmeem bermurah hati dengan  mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.

LATAR

Latar tempat.

Hotel Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
Grand Bazaar – Pusat membeli belah.
Kedai menjual jaket kulit –
tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
Tempat  Haji Helmi dan isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai jaket berwarna kuning keemasan.
Tempat Aku mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi membelinya kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi.


Pigeon Valley – Aku bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.
Gunung Bolu – Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta.
Masjid Ulu – bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
Masjid Biru – tempat Aku menunaikan solat jamak.
Egyptian Market – tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.
Terminal feri Selat Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di pasaran gelap dengan harga AS$120.

Latar masa

Malam – Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.
Siang –
Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit.
Semasa aku dan rakan-rakannya sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus.
Latar masyarakat

Masyarakat elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
Masyarakat yang bekerjaya untuk menampung kehidupan seharian.
Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.

Masyarakat yang tidak berkemampuan.
Wanita tua yang menjual makanan burung, remaja kurus dan lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap, dan pengemis –pengemis seperti pengait benang yang diberi sedekah oleh Aku, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.

Masyarakat yang suka melancong.
Aku serta 30 orang ahli rombongan telah melawat negara Turki.

Masyarakat yang suka akan kemewahan.
Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.

Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan.
Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan diri.

GAYA BAHASA

Kata ganda -
cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa membimbingku semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana;
Aku bercadang untuk membelikan professor Siti Zainon, Dr Shaiful Bahri dan Dr Rosnah sesuatu yang boleh dijadikan kenang-kenangan.
Matanya bercahaya-cahaya.

Bahasa Asing –       a)         bahasa inggeris (“Hello lady! …. “ , “Please… “ )
      bahasa Arab. – Assalamualaikum, solat jamak,  al- mathurat
Sinkope –      ‘Eh, lawanya jaket tu! Macam yang kita tengok kat Grand Bazaar  semalam. Murah ke?”


NILAI

Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannnya agar membeli barangan kulitnya.


Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.


Berjimat cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.
Keikhlasan – Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,  kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.

PENGAJARAN

Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian maupun semasa melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.


Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.
Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,  kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.

Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli barangannya.


Kira patut bersikap prithatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan


Puisi Tradisional

Nota Puisi Tradisional (Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )

Puisi Tradisional
(Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )
MAKSUD
RANGKAP
MAKSUD
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.     
Mata haruslah diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.     
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.
  

     TEMA      


Nasihat memelihara anggota diri.


Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.


PERSOALAN

Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan
Persoalan kebaikan memelihara tutur kata
Persoalan pentingnya memelihara pendengaran 
Persoalan semangat penting dalam kehidupan


BENTUK

Mempunyai 7 rangkap.

Setiap rangkap mengandungi 2 baris

            Contohnya : Apabila terpelihara mata,
        Sedikitlah cita-cita

Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan


Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata



Rima akhir aa

            Contohnya : Apabila terpelihara lidah,
        Nescaya dapat daripadanya faedah

GAYA BAHASA

Kata ganda – cita-cita

Asonansi – pengulangan vokal a 

       Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)     
Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g
            Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)

NILAI

Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 
Nilai  kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

PENGAJARAN

Kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana.
Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan..
Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.



Nota Sajak Aku Membaca Lagi

 Sajak : Aku Membaca Lagi

(Razali Mohd Yussof)

TEMA


Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.


MAKSUD SETIAP PERENGGAN


Rangkap pertama


Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


Rangkap kedua


Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.


Rangkap ketiga


Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan  bahasa Melayu.


Rangkap keempat


Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.


Rangkap kelima


Penyajak meluahkan  kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.


PERSOALAN


Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan

Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang

Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu

Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

BENTUK SAJAK


Terdiri daripada lima rangkap

Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap

Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris

Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris

Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.

Rangkap pertama : abcde

Rangkap kedua : abcd

Rangkap ketiga : abcdefg

Rangkap keempat : abcd

Rangkap kelima : abcd

GAYA BAHASA


sinkope

Contoh :

- Ku selusuri alam


- menekuni kebesaran-Mu


- mewarnai kehidupan umat-Mu


- di lantai tanah airku yang makmur


- kutemui


- membasahi Bahasa Melayuku


Personifikasi

Contoh :

desiran ombak dan wajah pelangi

dahan dan ranting terkulai
bulan dan bintang menangis meratapiluka nasib bangsa
menetes air mata langit
membasahi Bahasa Melayuku  yang berdarah

Repitisi

Contoh :

helai demi helai


Kata ganda

Contoh :

pohon-pohonkian rapuh

daun-daunberguguran

NILAI


Nilai kesyukuran

Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Nilai cinta akan bahasa

Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Nilai cinta akan alam sekitar

Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

PENGAJARAN


Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan

Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Kita mestilah cinta akan bahasa.

Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Kita mestilah cinta akan alam sekitar.

Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


Saturday, January 28, 2017

Cuti Tahun Baru Cina

Cuti datang lagi..!!! Yeay..Eh, cikgu yang lebih-lebih pula.
Selamat bercuti kepada para guru dan para pelajar...

Tapi, cikgu tak cuti sangat. Cuti pun kerja-kerja masih tak cuti. Masih ada perkara yang perlu dibereskan dalam cuti sekolah ni. Kertas Ujian Diognostik perlu ditanda, Skrip untuk Pengacara Majlis tak buat lagi. Em..banyakknya tak buat lagi.

kadang-kadang kat umah bukan boleh buat kerja sangat. Si kecik menempel nak nenen la, Along nak terberak la, nak terkencing la, nak makan la, nak susu la, nak tidur la..Adoi.,.poning Ibu..

Apa-apa pun, masih boleh rilekskan minda sikit sebelum mengatur semula jadual untuk kerja-kerja yang tertangguh tu.. Nak berjalan sana-ini duit kurang mencukupi. Balik jenguk mak ayah kat palong 10 dan Palong 8 pun dah kira ok dah tu.

Ok la, nak tolong mak kat dapur. Buat la apa-apa yang patut ya..Asalkan bermanfaat.

Salam Qaseh daripada Cikgu Ani ya!

Nak Qaseh Adinda roger-rogerlah Cikgu Ani..By uollss


QASEH GOLD JUNIOR PILIHAN SAYA!!!

Sebagai seorang ibu, saya merasakan ana-anak perlu mendapat segala nutrien yang diperlukan dalam badan mereka. Tambahan pula anak-anak saya ditempatkan di taska yang menjadikan mereka berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit daripada kanak-kanak lain.

Maka, saya lebih suka memberikan mereka Qaseh Gold Junior untuk menguatkan imun mereka. Malah, anak sulung pernah mengalami demam panas dan sawan tarik. Persoalannya di sini, siapakah yang bersalah? Saya.. Ye, saya yang bersalah. Tak peka akan tahap kesihatan anak

Muhammad Irfan bin Yazid, anak sulung saya. Pada mulanya dia demam, dan saya terlupa membawa ubat demam semasa pulang ke kampung. Kejadian itu masih bermain lagi dalam mata saya apabila anak saya tiba-tiba kejang.., Tangannya tergenggam erat, mata hitamnya tak nampak langsung. Bagai orang gila saya masa tu. Panggil nama anak. " Irfan!!! Ya Allah, kenapa ni bang.... Suami saya yang sedang memandu terus membawa kereta ke tepi... Mujur, ada adik saya di tempat duduk belakang.. Saya jerit padanya agar menghulurkan air yang saya bawa.  Saya membasahkan seluruh tubuhnya dengan air dan barulah anak saya sedar daripada sawan itu. Badannya jadi sangat lemah dan lembik. Saya dan suami bergegas membawanya ke klinik berdekatan. Malah, doktor yang merawat anak saya berkata bahawa kejadian ini akan berulang sampai anak saya berumur 5-6 tahun.. Ya Allah, rasa nak tercabut jantung saya mendengar perkhabaran duka itu. 

Sejak daripada kejadian itu, saya amat berhati-hati sekiranya dia demam. Memang tidak dapat dinafikan saya kerap mengambil cuti sakit atau CRK sekiranya si comel saya demam. Pernah juga pengasuh saya menelefon dalam keadaan tergesa-gesa memberitahu anak saya mengalami kekejangan dan dia berasa amat takut dan tidak mahu menjaganya lagi. Kekangan kerja sebagai seorang guru membuatkan saya terpaksa meminta pertolongan mak sendiri di Felda Palong 10 untuk menjaga anak saya. Saya tidak boleh cuti lagi kerana cuti yang dipohon sudah habis digunakan. 

Saya teringat akan Qaseh Gold Junior yang selalu dipaparkan dalam "facebook " kawan saya, jadi saya pun mengambil inisiatif mencubanya. Sebenarnya saya dah lama jadi ahli. Tetapi tak istiqamah.. Maka, kejap beli, kejap tak beli, kejap bagi kat anak, kejap tak bagi. Alhamdulillah, anak saya sihat, cergas dan susah nak demam. Segala-galanya untuk anak. Sekarang saya juga turut memberikan Junior kepada anak kedua saya, Muhammad Irsyad. Ya Allah, dia lagi lasak daripada abangnya. 

Aduh, penat pula rasanya, teringin nak makan kek...Eh pandai buat kek ker?Boleh lah sikit-sikit. Apa? Nak resepi? Tunggu..hihi.

Qaseh Gold Junior pilihan terbaik untuk anak anda. 

Apa tunggu lagi? Jom Beli!

"Whatsapp " je saya ok..di talian 017-3277656


SINOPSIS BAB 1 HINGGA 25

Novel Meniti Impian - Komsas Tingkatan 2

Novel Meniti Impian merupakan novel terpilih yang menjadi rujukan Komsas Tingkatan 2 yang mula digunakan pada tahun 2016. Novel ini hasil karya Osman Ayop

Tema Novel Meniti Impian


Kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan. - Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dalam bidang pertukangan kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu bengkel Pak Yusuf dalam menyiapkan tempahan setiapa kali pulang bercuti di kampung.
BIODATA PENULIS 

Osman bin Ayob

LAHIR : 18 April 1951, di Kampung Alur Gelenggang, Sungai Daun, Yan, Kedah.
ALAMAT : 6, Lorong 8, Taman Mewah Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Dikenali sebagai OSMAN AYOB mula mencipta namasebagai penulis apabila cerpennya bertajuk “Detik yang Tergugat” memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III pada tahun 1981. Walaupun beliau sering memenangi hadiah tetapi kemenangannya pada tahun tersebut begitu memberi erti terhadap kariernya.   

Pendidikan awal Osman  dari Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dan pelajaran menengahnya pula diperoleh di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah dari tahun 1964 hingga 1967. Kemudian Osman meninggalkan kampung kelahirannya dan merantau  ke Kuala Lumpur. Di sini, beliau mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan secara persendirian dan beliau lulus pada tahun 1977.

Di Kuala Lumpur, Osman berkhidmat sebagai kerani di Ibu Pejabat Hal-Ehwal Orang Asli Malaysia pada tahun 1976. Selepas itu, pada tahun 1979 beliau bertukar ke Jabatan Ukur Kedah/Perlis dan memegang jawatan sebagai juruteknik. Pada penghujung tahun 1976, Osman berpindah kerja ke Jabatan Telekom Malaysia (kini Telekom Malaysia Berhad) sebagai Pegawai Trafik. 

Beliau mula meminati sastera ketika berada di tingkatan lima.  Pada waktu itu beliau mula menulis rencana-rencana ringan dan disiarkan dalam Majalah Filem, iaitu pada sekitar tahun 1970-an. Bakatnya diasuh melalui karya yang disumbangkan dalam ruangan “Apa Pendapat Saudara”, terbitan majalah yang sama. Ruangan ini menjadi semacam latihan kepada Osman untuk mengasah bakatnya dalam bidang penulisan.

Setelah Osman berasa yakin bahawa beliau mempunyai bakat menulis dan menguasai bidang rencana, beliau cuba pula menghasil cerpen. Ternyata beliau juga berkebolehan dalam genre ini dan cerpen pertamanya yang berjudul “Membawa Damai” telah tersiar dalam Berita Minggu pada 23 Mac 1975. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan kira-kira 80 buah cerpen yang tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Setelah berjaya dalam penulisan rencana dan cerpen, Osman mencuba nasib menulis novel pula. Warna Sebuah Lembah merupakan novelnya yang terhasil daripada susah senang hidup di bandarraya Kuala Lumpur. Selain  itu, Osman turut menghasilkan beberapa buah novel remaja kanak-kanak. Antaranya ialah Wira Malam, Hati yang Terguris dan Meniti  Impian.


Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan penulisan kreatif, Osman pernah memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III pada tahun 1981 dengan cerpen yang berjudul “Detik yang Tergugat”. Novelnya Meniti Impian, mendapat tempat kedua dalam Peraduan Sayembara Novel Remaja ASASI - kerajaan Negeri Kedah pada 1991. Osman juga sering mendapat hadiah sagu hati dalam Peraduan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1979 dan 1983, Hadiah Sastera Utusan–Public Bank (1990) dan tempat ketiga dalam Sayembara Novel Yayasan Sabah/GAPENA tahun 1990 dengan novel Meniti Impian. - sumber DBP

Sinopsis Novel Meniti Impian

Mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di IKM dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya.  Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabutnya sendiri.
Sinopsis Ikut Bab Novel Meniti Impian
BAB
SINOPSIS
1
Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf.  Mak temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan bihun. Mak temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak Yusuf supaya menyediakan makan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang sedang mereka buat ini di siapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang di minta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya dapat dijual dengan harga yang murah dan berkualiti. Pak Yusuf bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke IKM namun Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.
2
Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari di rumah. Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari fizikal surat tersebut Zahar dapat mengagak surat tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabut di IKM Sungai Petani.  Setelah selesai solat magrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di bangku luar masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan perniagaannya. Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada zahar. Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya dengan suhaili yang merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada tiga dan menunggu keputusan peperiksaan akhir. Zahar membaca semula surat tawaran memasuki IKM yang terletak di atas meja. Surat itu dengan pantas mengembalikan ingatanya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah menengah dulu.
3
Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah di pasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbas kembali kenangan sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
4
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk duduk-duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya tidak di ketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka bertanya khabar. Sambil menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu yang dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili memandang rendah dan mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran yang  pernah dibuat oleh Suhaili tetapi memberikan alasan bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan mengikori Suhaili tampa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.
5
Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dan memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya Zahar kemana Zahar pergi semalam dan tidak kelihatan. Zahar menyatakan yang dia ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.
6
Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi kepunyaan Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Teksi tersebut juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai hal mustahak di Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai  peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas kejadian Suhaili dan pemuda kacak di Alor Setar tempoh hari. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan. Zahar membaca poster berkenaan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 230 petang. Zahar kembali melangkah di ikuti pak Yusuf dengan persoalan yang bermain di fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.
7
Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula program oriantasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baru berkumpul di padang untuk tujuan gotong royong. Zahar bersama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM yang akan didirikan bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang di ketuai oleh seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran.  Selepas selesai gotong royong mereka diarahkan ke dewan makan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar diberi masa untuk berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada sebelah malamnya.
8
Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baru telah ditempatkan dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabut. Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor menyimpan  pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.
9
Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM.  Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang laju berbasikal  menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana agak riuh rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah pak karim makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk kebangsal pertukangan Pak Yusuf melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa perabut yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahir terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar di sapa oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan zahar bilakah dia sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar mengatakan yang dia baru sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar putus dan dia melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.
10
Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta semula surat itu daripada Norimi dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh suhaili. Isi surat tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut disitu sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke kelasnya. Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa kembali pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya .Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.
11
Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk di baca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang di hadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari tengah padang dan Maarof berlari-lari anak menghampiri zahar dan mengajak Zahar dan mengajaknya berlatih bersama kerana kekurangan pemain.
12
Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar.  Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan hanya bergantung kepada dirinya seorang tetapi kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.
13
Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak di antara pasukan bola IKM Alor Setar dan pasukan IKM Sungai Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar yang memberikan sokongan di tepi padang. Pasukan bola sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.
14
Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil peperiksaan asas.  Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir,  Zahar berasa cukup puas hati dengan hasil kerjanya. Bila peperiksaan di sambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan, semua pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di bengkelnya.
15
Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja dengan baik. Cuma mengusik hatinya apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan itu menguatkan lagi awamnya untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas sarapan pagi, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan Zahar dan mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan membuat perabot.
16
Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan peperiksaan yang di nanti-nantipun diumumkan. Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga tersenyum girang kerana hanya seorang sahaja pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulang semula peperiksaan. Cikgu Baharum memberi nasihat kepada semua pelatihnya agar tidak lalai dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih Pertukangan Perabut tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.
17
Enam bulan yang dilalui terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif kerana akan menduduki dua peperiksaan dalam masa yang singkat. Zahar tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu daripada ibu dan dorongan daripada Pak Yusuf membuatkan fikirannya sentiasa tenteram dan bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir  sijil IKM pula diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-pelatih di maklumkan mengenai latihan di dalam loji yang diwajibkan kepada mereka. Zahar yang tidak banyak kerenah dan sanggup di hantar kemana sahaja, menerima dengan senang hati tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak. Begitu juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan telah diadakan secara sederhana sahaja. Pengetua berucap memberikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih yang telah tamat kursus mereka. Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana mengenagkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir dengan peperiksaan.
18
Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah zahar berpeluang pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja kilang.  Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-sama.
19
Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin ibarat haba pada waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk meneruskan kerjanya.  Suhaili  berjalan ke bahagian Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit Personel  bertanyakan tentang Zahar.
20
Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan suasana kerja di kilang. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu mesra walaupun baru dua minggu bertegur sapa.  Zahar bertuah dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan bilik dengan tergesa-gesa.
21
Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah pulang dari kerja. Dia teringat rakan-rakannya di kampung  dan juga Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat tidak sempat untuk di hantar kerana dia tidak  ada perasan untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan  menikmati minum petang bersama Razali. Ketika minum bersama, razali bertanyakn Zahar yang kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.
22
Setelah berbulan bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira yang dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar sedar Suhaili cuba berbaik semula dengannya tetapi dia masih mampu mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih berhasrat untuk menemuinya. Bukan dia tidak mahu menemui Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia menemui Suhaili untuk berbual kosong kerana hal tersebut hanya akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap di padamkan dengan apa jua cara. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawan-kawannya. Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan kata-kata puitis  dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab. Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu emosional. Dia tidak mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-cita yang belum tercapai. Tempoh enam bulan menemui kesudahannya. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kenangan manis dan pahit sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu majlis ringkas yang di adakan untuknya. Selepas majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.
23
Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang di salurkan oleh kerajaan tidak di manfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira mendengar perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah mereka dan Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya lulus dalam masa yang singkat. Sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa menjalani latihan di dalam loji dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama. Masyarakat kampung bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan jamuan makan tengah hari.
24
Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar memasarkan perabutnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Pihak mara juga cuba membantu untuk memasarkan barangan pengusaha-pengusaha perabut bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk surat kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk surat daripada Suhaili dan Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar dari mana datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.
Persoalan Dalam Novel Meniti Impian
PERSOALAN
1. Usaha yang membawa kejayaan
-       Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan diri
-       Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut.
-       Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja
-       Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza.
-       Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.
4. Keharmonian hidup di kampung
-       Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut.
-       Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
5. Persahabatan yang ikhlas
-       Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya.
-       Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.