AYAT
TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat tunggal
ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
1 subjek
|
1 predikat
|
Saya
|
sakit
|
Rumah Ali
|
cantik
|
Ahmad
|
tidak pergi ke sekolah hari ini.
|
Ayat majmuk ialah
ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan
dengan kata hubung.
Ayat majmuk
|
Kata hubung
|
Ayat tunggal
|
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.
|
dan
|
(a) Suhaili suka
makan nasi lemak.
(b) Suhaili suka
makan mi sup.
|
Rumah yang besar itu rumah Fazli.
|
Yang
|
(a) Rumah itu
besar.
(b) Rumah itu
rumah Fazli.
|
Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara.
|
bahawa
|
(a) Dia
memberitahu.
(b) Kakaknya akan
melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
|
Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.
|
Apabila
|
(a) Dia akan
balik ke kampung.
(b) Dia ada masa
lapang.
|
Latihan :
(A) Nyatakan
sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan
kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon
_____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan
itu. _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering.
______________
6.Kucing itu mengiau kerana
lapar. ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________
(B) Gabungkan
ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat
majmuk.
1. Ayah membaca surat
khabar.
Ayah menonton
televisyen. sambil
________________________________________
2. Hanita tinggal di Taman
Aman.
Suresh tinggal di Taman
Aman dan
_________________________________________
3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru. untuk
_________________________________________
4. Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat
mahal. yang
_________________________________________
5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi
letupan. apabila
_________________________________________
6. Halim kaya.
Halim
kedekut. tetapi
_________________________________________
7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik
darjah. sebelum
__________________________________________
8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi
longkang. kerana
__________________________________________
9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak
sihat. walaupun
__________________________________________
No comments:
Post a Comment