Friday, August 5, 2016

Pengenalan Diri

" Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya ", Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang ". Dalam menongkah arus modenisasi ini, hidup kadang kala ibarat roda yang berpusing. Begitu juga dengan saya. Siapa saya? Saya anak kedua daripada  lima orang adik beradik serta sudah berkahwin. Puan Noraini binti Rahman, nama panggilan Cikgu Ani serta  mempunyai 2 orang anak lelaki.  Baharu berumur awal 30-an serta mengajar di SMK Datuk Abdullah, Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan. Saya juga menggemari bidang kulinari serta kek dan pastri. Saya juga ingin suka berkongsi pelbagai juadah masakan negeri Johor, Jawa, serta Negeri Sembilan bersama anda. Saya sangat menitiberatkan penjagaan wajah, badan serta kesihatan. Saya bukanlah berlatar belakangkan pendidikan perniagaan secara formal tetapi terjebak ke kancah dunia online tanpa disengajakan. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Kepujian ), pengkhususan Ekonomi dan Perdagangan dari Universiti Tun abdul Razak (UNITAR). Memasuki gerbang perniagaan Qaseh Gold Rembau dan AlHaddad Rembau secara dalam laman sesawang dan secara langsung. Masih mencari rakan niaga di Rembau menjana pendapatan yang tinggi secara berjemaah.

No comments:

Post a Comment